Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa ketika sesi soal jawab pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. Foto Bernama.

KKM sasar kurang guna garam 30 peratus menjelang 2025

ByNisa Kasnoon

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Menjelang 2025, Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk mengurangkan kes penyakit tekanan darah tinggi sebanyak 25 peratus.

Dalam tempoh itu, KKM juga meletakkan sasaran untuk mengurangkan penggunaan garam sebanyak 30 peratus selain memastikan tiada peningkatan kadar obesiti dengan memastikan ia kekal berada di bawah paras 15 peratus.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mendedahkan, pihaknya mendapati sebanyak 31.89 peratus pesakit diabetes telah capai tahap Colon Diabetes yang baik iaitu bacaan HbA1c kurang daripada 6.5 peratus.

“Untuk diabetes ini juga kita lakukan pemantauan melalui pengukuran darah atau paras glukosa darah dalam masa setiap tiga bulan bagi pesakit-pesakit dirawat di klinik kesihatan dan pemantauan ini dibuat melalui National Diabetes Registry (NDR),” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik mengenai sasaran kementerian bagi mengurangkan kadar mereka yang menghidapi penyakit diabetes dan darah tinggi dalam negara ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau terdahulu berkata, kerajaan mengambil serius tentang isu kesihatan dan mengambil tindakan dengan memperkenalkan agenda negara iaitu Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) sebagai satu agenda kesihatan negara yang merangkumi empat teras iaitu Pembudayaan Hidup Sihat, Perkhidmatan Kesejahteraan Kesihatan, Kawalan Kesihatan Kendiri, dan Kebersihan Persekitaran dengan pendekatan menyeluruh secara Whole of Nation bagi menjamin kesejahteraan kesihatan masyarakat. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan