KUCHING, 12 Jun: Pemenang Grammy, Gipsy Kings bakal menghangatkan Rainforest World Music Festival (RWMF) 2023 di Cultural Village, Kuching, Sarawak pada 23 hingga 25 Jun nanti.
Menurut laman web rasmi RWMF, nama kumpulan berasal dari Perancis ini sememangnya tidak asing lagi kerana mereka cukup dikenali di seluruh dunia.
Gipsy Kings akan turut menampilkan Tonino Baliardo yang popular dengan lagu termasuk Djobi Djoba dan Bamboleo pada festival ikonik tahunan itu.
RWMF 2023 juga bakal menyaksikan penganjurannya kembali fizikal sepenuhnya sejak 2019 ketika pandemik COVID-19 melanda dunia.
Dapatkan tiket RWMF tahun ini di platform Klook, yang merupakan ejen tiket rasmi RWMF 2023.
Sementara maklumat lanjut mengenai barisan pemuzik dan informasi tiket boleh didapati di laman web rasmi RWMF di http://rwmf.net. -TVS