Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
COVID-19: 18 kes hari ini libatkan kategori 1 dan 2
Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata proses pelupusan dan pelaporan vaksin dalam simpanan dilaksanakan mengikut Tatacara Pengurusan Aset dan Tatacara Pengurusan Stor yang berkuat kuasa. Foto: Bernama

8.5 juta dos vaksin COVID-19 pelbagai jenama luput tarikh

BySheera Abang Mansor

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Sehingga 1 Jun 2023, terdapat sebanyak 8.5 juta dos vaksin pelbagai jenama telah luput di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan gudang simpanan vaksin COVID-19.

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata proses pelupusan dan pelaporan vaksin dalam simpanan dilaksanakan mengikut Tatacara Pengurusan Aset dan Tatacara Pengurusan Stor yang berkuat kuasa.

“Manakala pemantauan status pelupusan dilaksanakan secara berkala,” katanya dalam ucapan penggulungan usul kertas putih pengurusan perolehan vaksin COVID-19, di sini hari ini.

Mengulas mengenai keperluan melupuskan vaksin tersebut, Lukanisman menegaskan langkah berkenaan penting meskipun tindakan tersebut disifatkan agak lambat.

“Setiap vaksin mempunyai tarikh luput, memandangkan terdapat vaksin yang baru iaitu Bivalent, kita merasakan ada keperluan dan keputusan tersebut sememangnya pernah diumumkan oleh mantan Menteri Kesihatan dan setelah kerajaan baru mengambil alih, kita melihat ada keperluan walaupun keputusan tersebut agak lambat sedikit tapi keputusan ini terbaik memandangkan kita tidak dapat menukarkan vaksin-vaksin sedia kepada produk-produk yang lain.

“Maksudnya ‘apple to apple’, yakni vaksin ditukar kepada vaksin. Jadi, Bivalent adalah solusi terbaik buat masa ini untuk kita mengelakkan pembaziran ataupun pelupusan dilakukan lebih segera,” katanya.

Menurut Lukanisman, KKM melalui peruntukan Kumpulan Wang COVID19 telah membelanjakan hampir 4.6 bilion perolehan vaksin pelbagai jenis, termasuk perbelanjanan logistik untuk membawa masuk vaksin tersebut serta mengagihkan vaksin ke setiap negeri.

Katanya, pengambilan dos penggalak kedua yang rendah berbanding 80 peratus pengambilan dos vaksin primer sebelum ini telah menyebabkan berlakunya pembaziran dan lebihan vaksin tersebut perlulah dilupuskan.

“Kita ada perjanjian dengan Pfizer, kita akan tukar kepada vaksin generasi baru dan dianggarkan hampir 2.7 juta dos vaksin Bivalent telah dipersetujui.

“Maksudnya kita akan menukar baki yang sedia ada yang ada kepada generasi yang baru tapi tiada jaminan utk kita dapat habiskan kesemua dos-dos tersebut memandangkan keadaan masyarakat melihat keperluan vaksin sudah tidak diperlukan setelah bebas melakukan aktiviti-aktiviti harian,” katanya.

Pada masa sama, katanya KKM telah membuat tawaran lebihan vaksin COVID-19 kepada negara-negara luar.

“Sejumlah 1,892,000 dos vaksin pelbagai jenama telah disumbangkan kepada negara seperti Bangladesh, Myanmar, Laos dan Bosnia Herzegovina,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan