Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sebastian tidak melepas peluang melakukan pemeriksaan kesihatan pada program derma darah. Foto: TVS

STATOB diyakini mampu catat kejayaan seperti di Singapura

LIMBANG,11 Jun: Penubuhan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Brunei (STATOB) mampu mewujudkan landskap ekonomi yang lebih strategik.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, penubuhan STATOB juga amat bertepatan dengan usaha Sarawak memperkenalkan lebih banyak destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa kepada rakyat Brunei.

“Penubuhan pejabat STATOB di Brunei sememangnya sesuatu langkah baik dan pihak saya sangat gembira dengan perkembangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Program Derma Darah anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Limbang di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi SUPP Limbang, Kaunselor Michael Tiong Hok Choon dan wakil Sugar Bun Limbang, Ngu Tiong Hui yang menaja makanan dan minuman sempena program itu.

Sementara itu, Sebastian Ting berharap agar operasi STATOB yang dijangka akan bermula pada hujung tahun ini berjalan lancar.

Kata beliau, berdasarkan persetujuan dicapai, STATOB akan beroperasi di Bandar Seri Begawan.

“Sebelum ini, penubuhan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Singapura (STATOS) telah memberi impak positif dalam memperkenalkan Sarawak di pasaran antarabangsa selain meningkatkan jumlah kemasukan pelancong Singapura ke Sarawak.

“Oleh itu, saya yakin STATOB akan mencatatkan kejayaan yang sama,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan