Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar fail menunjukkan kemeriahan pertandingan bot laju sempena Pesta Sebauh pada 2018. Foto: Sebauh Bintulu Community.

Pertandingan bot laju meriahkan Pesta Sebauh 2023

ByYazid Ibrahim

SEBAUH, 11 Jun: Pesta Sebauh yang akan bermula pada 8 Julai depan dilihat sebagai platform terbaik untuk mempromosikan sektor pelancongan di sini.

Pegawai Daerahnya, William Manggoi berkata, pelbagai aktiviti termasuk sukan rakyat dan pertandingan lumba perahu di Tebingan Sungai Sebauh akan dilangsungkan sempena pesta berkenaan.

Katanya, acara yang berakhir pada 28 Julai itu juga tidak melupakan pertandingan bot laju yang menjadikan pesta berkenaan sentiasa dinanti – nantikan oleh orang ramai.

“Persiapan rapi untuk memastikan kelancaran program telah bermula.

“Kita telah menubuhkan jawatankuasa dan melantik ahli – ahlinya untuk menguruskan pelbagai aktiviti yang akan berlangsung sempena Pesta Sebauh,” katanya.

Pegawai Daerah Sebauh, William Manggoi menerima cenderahati daripada Timbalan Setiusaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Sarawak, Dolhadi Mazuki merangkap ketua rombongan Kembara Konvoi Sarawak Merdeka ke Daerah Sebauh. Foto: Yazid Ibrahim (TVS).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan rombongan Konvoi Hari Kemerdekaan 60 Tahun Sarawak. 

William turut mengambil peluang menjemput penggemar sukan air di seluruh Sarawak dan Malaysia untuk hadir memeriahkan Pesta Sebauh.

Untuk rekod, Pesta Sebauh merupakan acara rasmi di Sarawak yang disenaraikan dalam Kalendar Pelancongan Sarawak 2023.

Berkenaan dengan Majlis Gawai Dayak Peringkat Daerah Sebauh pada 29 Jun ini pula, beliau memberitahu acara itu akan dirasmikan oleh Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan