Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ramlan ketika ditemui media selepas hadir pada Hari Keluarga JBPM Sarawak Zon Tujuh dan Program Penghargaan Limbang Fire Fighter Run BBP Limbang malam tadi. Foto: TVS.

Panggilan tangkap ular di Limbang meningkat tahun ini

LIMBANG,11 Jun: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tujuh Sarawak merekodkan peningkatan panggilan kecemasan diterima untuk perkhidmatan menangkap ular dan haiwan berbisa sepanjang tahun ini.

Ketuanya, Ramlan Marajan berkata, sejak Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 213 kes telah dilaporkan untuk tindakan mereka.

Katanya, panggilan yang diterima di Lawas dan Limbang meningkat sejak awal tahun ini berikutan faktor cuaca panas yang menyebabkan reptilia itu keluar mencari perlindungan.

“Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 125 kes diterima di Limbang manakala sebanyak 88 kes di Lawas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Program Hari Keluarga JBPM Sarawak Zon Tujuh dan Program Penghargaan Limbang Fire Fighter Run Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang 2023 malam tadi.

Turut hadir, Ketua BBP Limbang, Chong Bui Chyan dan Ketua BBP, Lawas Azman Ibrahim.

Sementara itu beliau turut memberitahu sebanyak 12 kes kebakaran hutan dan tanah gambut di Limbang dan Lawas telah dilaporkan sepanjang tahun ini.

Berikutan itu, katanya JBPM meminta orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka ketika fenomena cuaca panas yang sedang melanda. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan