Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr. Sim Kui Hian menyempurnakan upacara ngiling bidai pada majlis makan malam anjuran SUPP. Foto: TVS.

Kestabilan Sarawak ditadbir GPS jadi contoh kepada negeri lain – Dr. Sim

SIBU, 11 Jun: Kemajuan serta kestabilan yang dinikmati oleh Sarawak ketika ini di bawah pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah menjadi contoh kepada negeri-negeri lain di Malaysia.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, perkara berkenaan turut diakui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ujar Dr. Sim, Anwar melihat Sarawak sebagai negeri yang patut dicontohi.

“Kita (Sarawak) menikmati (kemajuan dan kestabilan) kerana rakyat yang bersatu padu.

“Semua anak Sarawak menghayati slogan segulai sejalai yang menghasilkan perpaduan (maka kita) boleh membuat pelbagai perancangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ngiling Bidai 2023 anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Michael Tiang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek dan Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan, Robert Lau Hui Yew.

Sementara itu, Dr. Sim yang juga Presiden SUPP berkata, Sarawak kini semakin dikenali oleh negara-negara jiran kerana ekonomi baharu yang diterokai.

“Oleh itu, saya menyeru kepada belia Sarawak supaya merebut peluang yang ada dan belajar bersungguh-sungguh dengan mengutamakan bidang yang selari dengan permintaan pasaran terutamanya berkaitan dengan ekonomi yang diteroka di Sarawak.

“Ambil peluang (untuk tambah ilmu kerana) sekarang di bawah kepimpinan Abang Johari (berkembang pesat) namun ilmu mesti diwarisi oleh generasi muda supaya boleh terus memajukan dan memakmurkan Sarawak,” ujarnya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan