Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perlancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (dua,kanan) menyerahkan sijil penghargaan kepada Jerry Chong, Sales & Marketing Senior Executive yang menjadi sebagai salah satu daripada penaja utama RMWF 2023. Foto: TVS

Program Sarawak Xtive di bandaraya Miri

ByTVS

Miri, 10 Jun: Sempena Konvoi Kembara Sarawak Merdeka, Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak telah menganjurkan Program Sarawak Xtive di bandaraya Miri.

Program yang telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin hari ini dijalankan selama dua hari mulai 10 dan 11 Jun di Stadium Bandaraya Miri dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Miri.

Dato Lee semasa melancarkan gimik perasmian Program Sarawak Xtive. Foto: TVS

Antara program yang diadakan ialah acara senamrobik mega, aerobathon, pertandingan tarik tali, pertandingan gusti lengan, pertandingan E-Sport, Pertandingan Autoshow dan pertandingan Mr Fitness.

Program ini telah dikunjungi oleh ramai pengunjung dari seluruh Sarawak termasuk juga dari negara Brunei Darussalam.

Pelbagai organisasi dan pertubuhan juga turut menyertai program ini seperti Saberkas Cawangan Piasau, Capuh Yuh Yuh, SMK Dato Permaisuri, SMK Subis, SMK Merbau, SMK St Columba, SMK Lutong, Miri Port dan Pustaka Robik.

Program lain yang turut diadakan juga di Stadium Tertutup Miri ialah Pameran Digital Exhibition, Pameran Askar Wataniah dan Pameran Kesihatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan