BINTULU, 10 Jun: Kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ke Pantai Bungai, Miri dan Kampung Nyalau, Bintulu disambut meriah penduduk setempat daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Program bersama rakyat itu dibuat bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan patriotisme sempena Sambutan Perayaan 60 tahun Sarawak Merdeka.
Premier Sarawak ketuai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka dari Miri ke Bintulu
”Apabila kami sampai di Bungai, kita disambut oleh anak-anak sekolah begitu ramai begitu juga dalam perjalanan Bungai ke Nyalau, kita dapati bahawa masyarakat kita keluar di jalan raya untuk sama-sama melihat konvoi yang lalu sampai ke Bintulu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melakukan ‘walkabout’ ke reruai Jualan Keusahawanan di Naim Street Mall, Paragon di sini, hari ini.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan kumpulan konvoi tiba di Paragon Mall, Bintulu pukul 3 petang. #TVS #TVS122 #TVSNews #60TahunSarawakMerdeka #SarawakMajuMakmur #KonvoiKembara@tvstvmy pic.twitter.com/npqdKgM7Ph
— Yazid Ibrahim (@yazidibrahim241) June 10, 2023
Terdahulu di Pantai Bungai, Miri, Abang Johari menyempurnakan Adat Nyiam Batis (siram kaki) dan beras kuning sebelum diserikan dengan persembahan Sadaman daripada Kumpulan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sibuti sebagai sambutan Selamat Datang.
Beliau kemudiannya diberikan taklimat berkaitan kawasan pelancongan menarik serta pembangunan kemudahan pelancongan di situ oleh Pemanca Daerah Subis, Dr Ali Mudin.
Premier Sarawak ketuai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka dari Miri ke Bintulu
Di Kampung Nyalau, Bintulu pula, ketibaan Abang Johari disambut meriah oleh Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Dato Majang Renggi serta penduduk setempat dengan diiringi persembahan kompang dan bermukun.
Abang Johari melakukan tiga ‘Pusingan Naga’ sebagai simbolik ucapan selamat datang dan kemudiannya melawat ke gerai jualan di kampung berkenaan sebelum disajikan dengan jamuan tengah hari bersama tetamu-tetamu lain.
Baton Konvoi Kembara Sarawak Merdeka kini berpindah di Bahagian Bintulu selepas berjaya menamatkan perjalanan sejauh 168.3 kilometer dari Miri pada Sabtu. – TVS