Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengetuai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka bermula di Stadium Tertutup Miri ke Bintulu pagi ini. Foto: Yazid Ibrahim (TVS)

Premier Sarawak ketuai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka dari Miri ke Bintulu

ByMuqri Aziz

MIRI, 10 Jun: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memulakan perjalanannya mengetuai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka sejauh 168.3 kilometer (km) bermula dari Stadium Tertutup Miri pagi ini dan dijangka tiba ke Naim Street Mall Bintulu petang nanti.

Abang Johari menunggang motosikal berkuasa tinggi, Honda Goldwing 1800cc berwarna biru tiba kira-kira jam 9.19 pagi bersama 268 peserta lagi yang menggunakan 56 kenderaan pacuan empat roda, 81 motosikal dan lapan bas, motorhome, ambulans serta kenderaan kerajaan telah dilepaskan secara rasmi Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian kira-kira jam 9.44 pagi.

Acara itu dimulakan dengan persembahan silat Kelab Perguruan Silat Salendang Maut dan kemudiannya Dr Sim merasmikan acara itu dengan menekan butang bagi simbolik acara flag-off manakala dif-dif kenamaan dan tetamu yang lain mengibar bendera Sarawak dan bendera 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Kumpulan Hadrah turut membuat persembahan pukulan hadrah sepanjang acara flag-off Konvoi Kembara 60 Tahun Sarawak Merdeka Bahagian Miri ke Bahagian Bintulu.

Konvoi terbabit akan melakukan dua persinggahan di dua lokasi iaitu Pantai Bungai, Miri dan Kampung Nyalau, Bintulu.

Abang Johari turut dijadual menyantuni komuniti tempatan bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan patriotisme sempena Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Pada sebelah malam, Abang Johari akan menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Komuniti di Hotel Parkcity Everly, Bintulu.

Terdahulu, Abang Johari menyempurnakan Majlis Pelancaran Pameran Digital yang menempatkan berbagai reruai agensi-agensi kerajaan serta TVS di bawah Sarawak Media Group (SMG) yang mula dibuka sejak semalam sehingga esok.

Pada acara itu, Abang Johari disambut oleh dif-dif kenamaan dan dipersembahkan dengan persembahan Tarian Selamat Datang oleh kumpulan D’e Bayu Dance.

Kemudiannya, Abang Johari serta orang ramai menyanyikan lagu tema Sambutan Sarawak Merdeka pada tahun ini iaitu ‘Sarawak Maju Makmur’ dan menandatangani plak sebagai simbolik perasmian Pameran Digital.

Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta Timbalannya Datu Hii Chang Kee, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab dalam penganjuran Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, barisan Kabinet Kerajaan Sarawak serta Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan