Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol menyampaikan hadiah galakan kepada pelajar cemerlang Mohd Irwan Iqtisyam Raziman (kanan) yang memperoleh 8A pada SPM 2022. Foto: TVS

Prasarana sekolah yang lebih baik cetus kecemerlangan pelajar luar bandar – Abdullah

BINTANGOR, 10 Jun: Pencapaian cemerlang pelajar pedalaman dan luar bandar Sarawak dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukan sahaja membuktikan kemampuan mereka tetapi juga memberi isyarat tentang perlunya prasarana sekolah di kawasan itu dinaik taraf.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berkata, perkembangan positif itu adalah sesuatu yang amat membanggakan.

Walaupun dalam keadaan sekolah yang serba kekurangan katanya, pelajar terbabit membuktikan mereka mampu berdepan dengan pelbagai halangan untuk menjadi insan cemerlang dalam bidang akademik.

“Ini juga menjadi dorongan kepada agensi dan kementerian tertentu agar memberi perhatian supaya sekolah-sekolah di luar bandar dan pedalaman disegerakan proses baikpulihnya. 

“Usaha segera ini, pasti akan memberi lebih dorongan dan semangat kepada pelajar luar bandar untuk menghasilkan keputusan yang lebih baik,” katanya ketika ditemui pada Program Ngiling Bidai di Rh Bisa Melintang, Sungai Sian, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab dan Pemangku Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang.

Datuk Abdullah Saidol dan Yusuf Abd Wahab pada Majlis Ngiling Bidai di kawasannya, hari ini. Foto: TVS

Abdulllah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop turut menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian terbaik calon SPM di kawasannya yang mampu meraih sehingga 9A.

Katanya, ia satu pencapaian yang amat baik kerana mereka adalah anak muda yang tidak menjadikan kekurangan sebagai alasan untuk tidak berjaya.

“Keadaan keluarga dan sekolah yang serba kekurangan, seolah-olah menjadi pembakar semangat mereka untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

“Kita di peringkat kerajaan juga pencapaian pelajar luar bandar tahun ini sebagai lonjakan untuk mempercepatkan pembangunan khususnya di sekolah yang dikenalpasti usang dan daif,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada guru-guru di luar bandar yang berhadapan dengan pelbagai cabaran, antaranya mengajar dalam keadaan sekolah serba kekurangan dan kemudahan penginapan guru yang usang.

“Tetapi mereka tetap gigih dan berazam melahirkan anak-anak desa yang berprestasi tinggi dalam pendidikan.

“Keadaan begini seharusnya mendapat perhatian serius dari kerajaan terutama agensi-agensi berkaitan agar cepat melaksanakan baik pulih serta naik taraf semua sekolah-sekolah usang di luar bandar,” katanya.

Sementara itu, Abdullah hari ini turut menghadiri Program Ngiling Bidai di Rh Baja Galau di Selidap dan Rh James Berandah Kasen di Muara Bunut. – TVS

Sementara itu, Abdullah hari ini turut menghadiri Program Ngiling Bidai di Rh Baja Galau di Selidap dan Rh James Berandah Kasen di Muara Bunut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan