Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelajar di Jakarta pada hari pertama mereka dibenarkan masuk ke sekolah semasa pandemik COVID-19 diwajibkan memakai topeng muka. Foto: David Andreas (TVS)

Indonesia tarik balik peraturan pelitup muka

ByTVS

JAKARTA, 10 Jun: Kerajaan Indonesia secara rasmi menarik balik peraturan pemakaian pelitup muka untuk orang ramai di tempat awam.

Peraturan ini juga membabitkan aktiviti pengangkutan, dan aktiviti berskala besar yang sebelum ini masih mewajibkan penggunaan pelitup muka.

Pelajar di Jakarta pada hari pertama mereka dibenarkan masuk ke sekolah semasa pandemik COVID-19 diwajibkan memakai topeng muka. Foto: David Andreas (TVS)

Perintah baharu ini terkandung dalam Surat Pekeliling (SE) Nombor 1 Tahun 2023 mengenai tempoh peralihan wabak endemik COVID-19.

Jurucakap Pengendalian COVID-19, Profesor Wiku Adisasmito mendedahkan arahan itu ditarik balik kerana Indonesia sedang bersiap sedia untuk memasuki tempoh endemik.

https://staging.tvsarawak.my/2023/04/27/covid-19-kerajaan-belum-bercadang-wajibkan-semula-pemakaian-pelitup-muka-dr-zaliha/

“Bagi memaksimumkan pemulihan ekonomi Indonesia dan proses peralihan endemik, mulai sekarang dibenarkan untuk tidak memakai topeng muka di seluruh negeri jika berada dalam keadaan sihat dan tidak berisiko dijangkiti,” katanya.

Ia juga mengatakan bahawa peraturan itu terpakai kepada semua termasuk pelancong domestik dan asing.

Pelajar di Jakarta pada hari pertama mereka dibenarkan masuk ke sekolah semasa pandemik COVID-19 diwajibkan memakai topeng muka. Foto: David Andreas (TVS)

Bagaimanapun, kerajaan masih menasihatkan orang ramai untuk menggunakan pelitup muka jika tidak sihat dan menggesa orang ramai untuk mengambil dos penggalak vaksin COVID-19. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan