Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Konvoi Kembara Sarawak Merdeka diketuai Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang dalam perjalanan ke Bintulu turut singgah di Pantai Bungai hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Abang Johari umum sumbangan RM10,000 untuk PIBG SMK Bekenu

ByMuqri Aziz

MIRI, 10 Jun: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mengetuai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka dalam perjalanan ke Bintulu turut singgah di Pantai Bungai di sini, hari ini.

Ketibaan konvoi yang melalui perjalanan sejauh 47.3 kilometer (km) bermula di Stadium Tertutup Miri pada jam 10.40 pagi disambut meriah warga sekitar terdiri daripada pelbagai lapisan peringkat umur termasuk pelajar dari sekolah-sekolah berhampiran.

Premier Sarawak ketuai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka dari Miri ke Bintulu

Setibanya di sana, Abang Johari menyempurnakan adat Nyiam Batis (siram kaki) dan Beras Kuning sebelum diserikan dengan persembahan Sadaman daripada kumpulan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sibuti sebagai sambutan selamat datang.

Beliau menyantuni dan bermesra bersama masyarakat setempat sebelum menikmati jamuan bersama dif-dif kenamaan termasuk Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).

Sementara itu, hadirin dihiburkan dengan persembahan koir pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekenu dan juga persembahan bergendang.

Menurut Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Abang Johari telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bekenu atas keputusan memberangsangkan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022.

Kemudiannya, Abang Johari dan rombangannya bertolak untuk singgah ke perhentian seterusnya iaitu di Kampung Nyalau, Bintulu kira-kira 11.55 pagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan