Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jaringan tunggal Nabil Ahmad Latpi (tengah) pada minit ke-26 memastikan tiga mata penuh PDRM FC malam tadi. Foto PDRM FC Official.

Sabah FC, pasukan gergasi terbaharu ‘digari’ PDRM FC

ByFirdaus Ismail

PETALING JAYA, 9 Jun: Impian Sabah FC untuk membawa pulang tiga mata penuh berkecai apabila mereka tumbang 0-1 kepada PDRM FC dalam pertarungan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi.

Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee terpaksa menerima hakikat mereka menjadi ‘pasukan besar’ terbaharu yang diaibkan oleh ‘skuad polis’ yang juga pendatang baharu Liga Super musim ini.

Berpunca serangan balas pantas oleh The Cops, penyerang Nabil Ahmad Latpi berjaya melepasi pertahanan skuad Badak serta menewaskan penjaga gol, Damien Lim yang sudah ‘terkeluar’ daripada posisinya pada minit ke-26.

Bersambung babak kedua, Kim Swee melakukan beberapa pertukaran dengan menyaksikan pemain berpengalaman Amri Yahya dipanggil masuk.

Permainan terus rancak namun kekebalan benteng pertahanan PDRM sukar digugat dan kelebihan itu berjaya dipertahankan sehingga minit terakhir untuk meraih kemenangan keenam mereka musim ini.

PDRM FC yang dibimbing Azzmi Aziz sebelum ini mencipta sensasi apabila menewaskan dua pasukan berpengalaman Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC juga dengan keputusan 1-0.

Kemenangan ini bermakna PDRM FC berjaya membalas dendam di atas kekalahan 0-4 kepada jaguh Borneo itu dalam pusingan pertama pada Februari lepas.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PDRM, ASP Mohamad Hafiz Zainal Abidin berkata,  kemenangan ke atas Sabah FC merupakan keputusan mengejutkan namun beliau berpuas hati dengan aksi ditampilkan oleh pasukannya.

Ketua Pegawai Eksekutif PDRM, ASP Mohamad Hafiz Zainal Abidin. Foto TVS.

“Sudah tentu momentum kemenangan dengan Selangor FC kita bawa ( ke perlawanan malam ini).

“Alhamdulillah pemain mengikut apa yang dirancang oleh jurulatih,” katanya.

Mohammad Hafiz berkata, apa yang menjadi cabaran mereka ketika ini ialah untuk mengekalkan rentak cemerlang sebelum aksi bersambung pada 23 Jun ini menentang Perak FC di Ipoh.

Satu lagi aksi liga menyaksikan Penang FC terikat dengan Kuala Lumpur City FC dengan keputusan 1-1. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan