Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto fail: TVS

‘Mungkin dia tidak cukup ajar’, Abdul Karim kesal pelawak Singapura persenda tragedi MH370

ByNazirah Adlina

KUCHING, 9 Jun: Tindakan mempersendakan tragedi MH370 oleh seorang pelawak wanita dari Singapura terus mendapat reaksi pelbagai pihak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tragedi sedemikian tidak wajar dijadikan bahan lawak oleh sesiapa sahaja.

“Saya harap dia (pelawak) tahu dan mungkin dia tidak cukup ajar. Sebab jika hendak menjadi seorang yang hebat, seseorang perlu dibesarkan dengan sempurna,” katanya ketika diminta mengulas selepas satu majlis dihadirinya di sini, malam tadi.

Malah, Abdul Karim menyifatkan lawak sedemikian tidak mengambil kira perasaan ahli keluarga penumpang dan krew penerbangan MH370 yang hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

“Sesiapa sahaja (bukan pelawak berkenaan semata-mata), adalah salah mempersendakan tragedi MH370. Bagaimana perasaan ahli keluarga atau waris kerana ia menyinggung dan melampaui batas,” ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, kerajaan Singapura telah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan melampau itu dan memutuskan untuk menarik hak kewarganegaraan Singapura wanita itu.

Beberapa hari lepas, tular di media sosial satu klip video memaparkan seorang pelawak wanita dari Singapura memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komediri di New York, baru-baru ini.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada Rabu menzahirkan perasaan kesal dan mengecam tindakan pelawak berkenaan yang memperlekeh Malaysia serta mempersenda tragedi pernah melanda negara.

Tindakan itu langsung tidak menunjukkan rasa sensitiviti dan empati terhadap rakyat di negara ini dan keluarga mangsa.

“Video ini juga jelas menggambarkan perilaku yang sangat bertentangan dengan nilai-nilai ketimuran negara Asia yang sememangnya terkenal dengan adab dan tatasusila,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan