Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif IKHLAS, Ikhlas Kamarudin dan Presiden APAC Markets Saudi Tourism Authority, Alhasan Aldabbagh selepas memeterai usaha sama bagi menjayakan kempen ‘Rethink Summer’ di Riyadh pada Rabu. Foto: AirAsia

Kempen ‘Rethink Summer’ promosi Arab Saudi sebagai destinasi unik untuk rakyat Malaysia

ByHafeezzur Muzamir

RIYADH, 9 Jun: Anak syarikat Capital A Berhad, Ikhlas Com Travel Sdn Bhd (IKHLAS) menjalinkan kerjasama dengan Saudi Tourism Authority (STA) melancarkan kempen bermusim ‘Rethink Summer’ yang bertujuan mempromosikan Arab Saudi kepada pelancong Malaysia sebagai destinasi musim panas.

Ketua Pegawai Eksekutif IKHLAS, Ikhlas Kamarudin berkata, beliau yakin pihaknya mampu memberikan yang terbaik sebagai rakan kongsi kukuh dan boleh dipercayai dengan sokongan AirAsia X (AAX) dan rakan kongsi hotel Saudi.

“Kami berharap usaha sama ini akan berterusan dalam usaha menjadikan Arab Saudi sebagai destinasi pelancongan yang selamat dan utama untuk semua rakyat Malaysia dan ramai lagi dengan menggembleng jaringan AirAsia yang meluas, “ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau memberitahu sejak penerbangan terus AAX dari Kuala Lumpur ke Jeddah kembali beroperasi November lalu, lebih 82,400 rakyat Malaysia berlepas ke Arab Saudi setakat Mei tahun ini.

Sementara itu, Presiden APAC Markets Saudi Tourism Authority, Alhasan Aldabbagh pula berkata, Arab Saudi menawarkan destinasi tiada tandingan menerusi budaya asli masyarakat Arab, kekayaan warisan dan kepelbagaian landskap iaitu teras kepada apa yang ditawarkan kepada pelancong Malaysia.

“Peranan kami adalah untuk menyokong rakan kongsi seperti IKHLAS dari Capital A untuk menonjolkan pengalaman baru dan belum diterokai bagi membuka peluang baru yang dibawakan destinasi berkenaan sebagai permulaan ke arah mencapai 100 juta pelancong menjelang 2030,” ujarnya.

Selain menawarkan tarikan, aktiviti, pengalaman baru dan juga mempromosikan Umrah, IKHLAS turut menyasarkan untuk meningkatkan permintaan terhadap pelancongan Saudi dengan memperkenalkan jadual perjalanan ‘do it yourself’ (DIY) yang boleh digunakan untuk memudahkan pelancong menemui tarikan dan destinasi baru di Arab Saudi.

Kempen ‘Rethink Summer’ mempromosi dan menawarkan pilihan yang menepati cita rasa ramai dari pergunungan Taif yang indah, pantai Jeddah yang menyeronokkan sehinggalah ke puncak awangan di Aseer.

Ia juga membawakan aneka tarikan yang menawan antaranya tanah tinggi yang sejuk menghijau sehingga persisiran Laut Merah dan Teluk Arab.

Untuk rekod, Arab Saudi dijangka mencapai pencapaian signifikan tahun ini dengan pembukaan tiga pusat peranginan pertama di Laut Merah, pembangunan pelancongan mewah serta Pulau Sindalah iaitu destinasi pulau NEOM yang tiada tandingan.

Baru-baru ini, Diriyah iaitu bandar lumpur berusia 300 tahun meraikan kedatangan sejuta pengunjung sejak mula dibuka pada November lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan