Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan Perodua Bezza akibat bertembung dengan pikap di Miri, hari ini. Foto: BBP Miri Sentral

Wanita maut, tiga cedera dalam nahas jalan raya

MIRI, 8 Jun: Seorang wanita maut manakala tiga lagi cedera dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Lapangan Terbang Miri, hari ini.

Mangsa, Lua Ukam, 56, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6, Penguasa Kanan Bomba (PgKB 1) Ismaidi Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 2 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian, komander operasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza dan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

“Seorang mangsa wanita didapati tersepit di tempat duduk pemandu dan seterusnya pasukan keluaran operasi (PKO) telah bertindak mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pasukan ambulans,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Miri.

“Dua lagi penumpang kereta Bezza iaitu seorang lelaki berusia 23 tahun mengalami cedera di bahagian kaki kanan dan tangan kanan dan seorang wanita berusia 20 tahun mengalami cedera ringan manakala pemandu Hilux berusia 23 tahun juga cedera ringan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan