Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan polis mengangkat mayat seorang lelaki yang ditemui mati di dalam kawasan semak di Jalan Song Ban Kheng, Bukit Mertajam pada Selasa. Foto: .TVS

Tikam lelaki warga emas hingga mati, dua suspek diberkas

ByTVS

BUKIT MERTAJAM, 8 Jun: Gara-gara perselisihan faham, seorang maut ditikam dalam pergaduhan antara tiga lelaki di kawasan semak di Jalan Song Ban Kheng di sini pada Selasa.

Dalam kejadian itu, lelaki disyaki warga tempatan berusia 70-an yang belum dikenal pasti identiti tersebut ditemui terbaring dan tidak sedarkan diri oleh orang awam kira-kira pukul 7.45 malam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner (ACP) Tan Cheng San berkata, polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa telah meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah pada badan.

Ujarnya, siasatan pihaknya mendapati mangsa disyaki ditikam menggunakan senjata tajam.

“Hasil maklumat, polis telah menahan dua suspek iaitu lelaki berumur 50-an dan 60-an di Hospital Bukit Mertajam dan pekarangan Klinik Kesihatan Berapit hari ini (Rabu).

“Mereka mendapat rawaran akibat kecederaan dipercayai berkaitan kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ujar beliau, siasatan mendapati, kejadian tersebut berpunca kerana perasaan tidak berpuas hati suspek dengan mangsa sehingga berlaku pergaduhan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai tiga rekod kes jenayah dan tujuh kes narkotik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan