Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Kesihatan komited dalam memastikan semua murid perempuan bagi kohort 2021, 2022 dan 2023 menerima vaksin HPV sebelum mereka menamatkan persekolahan. Foto hiasan.

Suntikan HPV: 336,592 murid perempuan belum terima suntikan

ByNisa Kasnoon

KUALA LUMPUR, 8 Jun: Seramai 336,592 orang murid perempuan Tingkatan 1 kohort 2020 hingga 2022 yang belum menerima sebarang dos vaksin papilomavirus manusia (HPV) setakat ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menjawab soalan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memberitahu, pihaknya komited untuk memastikan kesemua murid perempuan bagi kohort 2021, 2022 dan 2023 menerima vaksin HPV sebelum mereka menamatkan persekolahan.

“Pada tahun 2021 Kementerian Kesihatan Malaysia tidak dapat membuat perolehan bekalan vaksin HPV ekoran gangguan bekalan vaksin HPV peringkat global dan ini telah mengganggu pelaksanaan pemberian imunisasi HPV kepada murid perempuan sekolah Tingkatan 1 atau remaja perempuan 13 tahun bermula tahun 2021,” jelasnya.

Justeru katanya, dengan menggunakan baki stok vaksin pada tahun 2020, seramai 34,933 orang (15.7%) murid perempuan tingkatan 1 kohort 2021 telah menerima dos 1 vaksin HPV menjadikan baki 187,151 orang atau 84.3% belum menerima vaksin HPV pada tahun 2021.

Bee Yin ingin mengetahui status terkini suntikan HPV untuk lebih daripada 500,00 kanak-kanak perempuan yang terlepas suntikan dari tahun 2020 hingga 2022serta perolehan vaksin HPV yang diperuntukkan RM120 juta untuk 2023.

Sementera itu, bagi tahun 2022 pula, harga vaksin HPV di peringkat global meningkat sebanyak 6 kali ganda dan KKM hanya boleh membuat perolehan sebanyak 100,000 dos vaksin HPV pada Disember 2022.

“Kesemua vaksin tersebut telah diagihkan ke negeri untuk diberikan kepada murid perempuan tingkatan 1 kohort 2021 yang belum menerima vaksin,” katanya.

Berkenaan perolehan vaksin HPV yang diperuntukkan RM120 juta untuk 2023, beliau berkata KKM menjangkakan perolehan baharu ini akan dapat dimuktamadkan pada suku ketiga nanti.

Dalam pada itu, Dr Zaliha berkata murid perempuan bagi kohort 2021 yang kini berada di Tingkatan 3 diberi keutamaan untuk pemberian vaksin HPV itu sebelum diberikan kepada kohort 2022 dan 2023 bergantung kepada jumlah vaksin yang diterima tahun ini.

Mengenai keciciran pemberian vaksin rutin mengikut Program Imunisasi Kebangsaan kepada kanak-kanak semasa negara dilanda COVID-19 pada 2020 hingga 2022, Dr Zaliha berkata antara langkah yang diambil termasuk dengan menghubungi ibu bapa berdasarkan rekod yang ada di Klinik Kesihatan dan mengadakan lawatan ke rumah menerusi program ‘outreach’. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan