Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah bergambar kenangan bersama jaguh renang para negara Muhammad Syaiful Zulkafli selepas merangkul emas bagi acara 50 meter gaya bebas lelaki, hari ini. Foto: Fatimah Abdullah (FB).

Sukan Para Asean: Atlet asal Asajaya sumbang tiga emas untuk negara

ByLuqman Muhammad

PHNOM PENH, 8 Jun: Jaguh renang para negara Muhammad Nur Syaiful Zulkafli berpuas hati dengan pencapaiannya apabila berjaya menyumbangkan tiga pingat emas untuk negara pada temasya Sukan Para Asean ke-12 Kemboja.

Lebih membanggakan, atlet kelahiran Asajaya itu juga turut berjaya memecahkan rekod kebangsaan menerusi acara 50 meter (m) gaya bebas lelaki dan 100 (m) gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal) dengan kilauan pingat emas.

“Alhamdulilah saya sangat bersyukur kerana berjaya meraih kejayaan berganda. Apa yang membanggakan lagi apabila Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah sendiri yang menyarungkan pingat emas kepada saya pada kali ini”, ujar Syaiful ketika dihubungi TVS di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Fatimah meluahkan rasa bangga atas prestasi yang dipamerkan oleh atlet-atlet Sarawak yang berjuang demi Malaysia.

Ujar Fatimah menerusi laman rasmi facebooknya, beliau juga amat berbesar hati apabila diberi penghormatan untuk menyarungkan sendiri pingat emas kepada Nur Syaiful Zulkafli di Stadium Morodok Techno, Phnom Penh.

Antara kejayaan lain yang turut dipungut Nur Syaiful Zulkafli pada edisi kali ini ialah pingat emas bagi acara 50 (m) kuak dada lelaki, sementara bagi acara 200 m gaya bebas, 100 m kuak dada dan 4×100 m masing-masing dengan pungutan gangsa.

Ini menyaksikan atlet berasal dari Sarawak itu mencetuskan sensasi apabila berjaya meraih enam pungutan pingat pada edisi Phnom Penh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan