Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodi. Foto: TVS.

‘Segulai Sejalai’ bertepatan konsep Malaysia Madani

BySheera Abang Mansor

KUALA LUMPUR, 8 Jun: Pengiktirafan ‘Segulai Sejalai’ sebagai cogan kata perpaduan negara Malaysia adalah bertepatan dengan konsep Malaysia Madani.

Berbangga dengan pengiktirafan tersebut, Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodi berkata cogan kata yang membawa maksud ‘Seiring Sejalan’ itu mencerminkan semangat perpaduan di Sarawak sebagai wilayah model perpaduan.

“Sebenarnya, Segulai Sejalai ini sering diguna pakai di kebanyakan majlis dan perayaan di Sarawak terutamanya oleh kaum Iban.

““Kita bangga sangat sebab Sarawak yang mempunyai lebih kurang lebih 30 etnik tetap hidup dalam keadaan harmoni walaupun daripada pelbagai latar belakang dan agama,” katanya ketika ditemui TVS di Bangunan Parlimen di sini, pada Khamis.

Beliau pada masa sama menyarankan agar semangat Segulai Sejalai tersebut tidak diburuk-burukkan oleh semua rakyat Malaysia.

“Kita harus sehaluan yakni, Segulai Sejalai menuju kegemilangan, kebaikan dan sebagainya,” katanya lagi.

Pada Rabu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Segulai Sejalai digunakan sebagai cogan kata perpaduan untuk seluruh negara.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Gawai Dayak peringkat kebangsaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Frasa bahasa Iban di Sarawak yang bermaksud seiring sejalan itu menjadi motto dalam majlis berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan