Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Sarawak giat usaha tarik pelabur sektor tenaga solar – Awang Tengah

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 8 Jun: Kerajaan Sarawak komited dalam usahanya menarik pelabur luar bagi menjadikan negeri ini sebagai pangkalan atau tempat pengoperasian dalam pembuatan solar.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pihaknya telah mempromosi Sarawak sebagai lokasi pengeluarannya menerusi satu pertemuan dengan syarikat pengeluar solar di daerah Zhuhai, China yang mempunyai rangkaian produk yang luas untuk kediaman, komersial dan industri.

“Syarikat tersebut mempunyai rancangan untuk mengembangkan perniagaan mereka di luar negara bagi menampung permintaan yang semakin meningkat di pasaran global.

“Pertemuan ini bertujuan mempromosikan Sarawak sebagai lokasi pengeluarannya kerana Sarawak mempunyai ekosistem yang ditubuhkan di Sama Jaya dan Samalaju.

“Sarawak merupakan destinasi strategik bagi pelabur untuk menembusi pasaran serantau dan global,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, hari ini.

Mengulas lanjut, Awang Tengah berkata, projek berpotensi itu adalah selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 Sarawak yang dipacu oleh data dan teknologi.

Turut serta dalam lawatan kerja itu ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh dan Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), Datuk Mohd Naroden Majais. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan