Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada perayaan Gawai Dayak 2023 diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Rabu. Foto: Fiqri Razak (TVS)

RM10 juta ‘buah tangan’ daripada Anwar untuk Sarawak ukur tanah NCR

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 7 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan berjumlah RM10 juta akan diserahkan kepada Kerajaan Sarawak untuk inisiatif pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di negeri ini.

Pada masa sama, Anwar turut berkongsi bahawa peruntukan untuk pemulihan rumah ibadat yang dilaksanakan di Semenanjung Malaysia juga akan diserahkan kepada Sarawak.

Dua khabar baik itu diumumkan beliau ketika berucap pada perayaan Gawai Dayak 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau menyeru rakyat di Semenanjung Malaysia meneladani perpaduan yang wujud dalam lapangan rakyat Sarawak berikutan ia mendorong kepada pembangunan negara.

Beliau yang memetik bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sering memperkenankan akan keperluan untuk memupuk semangat perpaduan dan menghindari isu-isu yang boleh memecahbelahkan masyarakat.

“Inilah keadaan sekarang. Sarawak unggul dalam beberapa bidang berbanding dengan negeri-negeri lain,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam ucapan beliau memohon agar Kerajaan Persekutuan meningkatkan peruntukan bagi kerja-kerja pengukuran tanah NCR.

Beliau menyatakan bahawa keluasan tanah NCR di Sarawak dianggarkan sekitar 1.5 juta hektar, dan dari keluasan tersebut hanya 1.1 juta hektar yang telah diukur.

“Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak memberikan sumbangan untuk membiayai kos bagi kerja-kerja pengukuran tersebut. Sejumlah RM150 juta telah diberikan antara tahun 2010 hingga 2017 untuk tujuan tersebut.

“Namun, kami sangat kecewa kerana jumlah yang diperuntukkan telah dikurangkan secara drastik selepas tahun 2018. Malah, tahun ini hanya RM2 juta yang diberikan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan