Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lokasi kemalangan Kilometer 10, Jalan Kubong, Limbang yang menyebabkan seorang penunggang motosikal meninggal dunia. Foto: PDRM

Penunggang motosikal maut, pikap gagal beri laluan

LIMBANG, 8 Jun: Seorang penjawat awam maut apabila motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan kenderaan pikap di Kilometer 10, Jalan Kubong, Limbang, simpang Jalan Kubong/Mendamit, hari ini.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata Muhammad Haffizul Muhammad Jolhee 27, yang merupakan kakitangan Jabatan Pertanian di Kubong maut di tempat kejadian dalam insiden 3.20 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dari arah Ulu Pandaruan/Kubong menuju ke arah Bandar Limbang, manakala pemandu pikap dari arah Bandar Limbang menuju ke arah Mendamit.

“Sampai di lokasi kejadian yang merupakan simpang tiga jalan, pemandu pikap dipercayai tidak berhenti di persimpangan dan gagal beri laluan kepada penunggang motosikal dari arah hadapan sebelum masuk ke simpang sebelah kanan menuju ke arah Mendamit,” katanya dalam kenyataan.

Insiden itu menyebabkan motosikal ditunggang mangsa dari arah hadapan itu hilang kawalan dan merempuh bahagian hadapan pikap.

Parum berkata akibat daripada kejadian tersebut mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu pikap tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan