Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Roland Sagah merakam gambar kenangan bersama pelajar-pelajar CENTEXS dari pelbagai kampus di Sarawak. Foto: Odleen Catherny (TVS)

Lebih banyak pelajar jurusan STEM diperlukan realisasi pembangunan Sarawak – Sagah

ByOdleen Catherny

KUCHING, 8 Jun: Lebih banyak tenaga kerja yang mahir sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) diperlukan dalam menjayakan matlamat Kerajaan Sarawak menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata mengutamakan penguasaan dalam STEM tidak bermakna kementeriannya mengabaikan pelajar jurusan sastera.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak lebih memerlukan tenaga mahir STEM untuk membangunkan teknologi dan digital.

“Ini semua memerlukan pengetahuan dalam sains. Tidak perlu roket sains, asalkan mereka ada pengetahuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik, ia sudah memadai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis penutupan Simposium dan Pameran Tenaga Hijau 2023 di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS), di sini, hari ini.

Pada masa sama beliau menggalakkan setiap lepasan ijazah sarjana muda mengambil kursus lepasan ijazah yang bersifat kemahiran.

Mengulas mengenai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 Sarawak yang menunjukkan peningkatan, Sagah menzahirkan rasa gembira dan berharap lebih ramai pelajar memperoleh keputusan cemerlang pada masa akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan