Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
COVID-19 : Sarawak catat hanya sembilan kes baharu kategori tiga hingga lima hari ini
Wanita warga emas itu telah dirawat di Zon Hijau Jabatan Kecemasan dan Trauma oleh pegawai perubatan. Foto hiasan.

Hospital Umum Sarawak nafi abai pesakit digigit anjing rabies

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 8 Jun: Hospital Umum Sarawak menafikan dakwaan laporan media berhubung seorang wanita warga emas yang mengadu tidak diberikan suntikan vaksin rabies oleh pegawai perubatan bertugas semasa mendapatkan rawatan akibat gigitan anjing peliharaannya.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Ooi Choo Huck berkata wanita warga emas tersebut diberikan rawatan sewajarnya dan dan tiada isu berkaitan kekurangan pegawai perubatan seperti mana yang dibangkitkan.

“Wanita warga emas itu telah dirawat di Zon Hijau Jabatan Kecemasan dan Trauma oleh pegawai perubatan yang bertugas.

“Penilaian risiko ke atas beliau telah dijalankan dan mengesahkan ia sebagai berisiko rendah berdasarkan maklumat bahawa anjing tersebut adalah anjing peliharaan beliau yang hanya berada di dalam kawasan rumah beliau yang berpagar serta tidak mempunyai gejala rabies,” kata Dr Ooi dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, pengurusan kes gigitan anjing tersebut adalah selari dengan Sarawak Health Department, Dog/Animal Bite Management Guideline, GAJKNS4/2023.

“Wanita warga emas itu juga telah diberikan janji temu ke perkhidmatan Klinik Gigitan Anjing pada 6 Jun 2023 untuk penilaian selanjutnya,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan