Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (tengah) bergambar bersama calon-calon cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini. Foto: Bernama

Anak peroleh 9A SPM, hilang resah mak, kata Fadhlina Sidek

ByBernama

KAJANG, 8 Jun: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengucapkan tahniah kepada anak perempuannya Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli, 18, selepas memperoleh keputusan cemerlang 9A dan 2B+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

“Alhamdulillah lega habis, resah mak, saya ingat itu sebahagian daripada kenangan manis pada tahun ini dan saya juga ingin memberi keyakinan kepada ibu bapa semua anak-anak bersekolah aliran perdana Kementerian Pendidikan (KPM) boleh mencipta kejayaan dengan syarat memberi sokongan sepenuhnya.

“Sekolah aliran kerajaan telah membuktikan bahawa keputusan ini telah didukung oleh ekosistem yang baik, guru-guru yang cemerlang dan terlatih dan ini pastinya sebagai satu saranan kepada ibu bapa untuk meyakini kepada sekolah kerajaan,” katanya ketika mengadakan lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau hadir ke Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) awal pagi tadi bersama suami menemani anak perempuan mereka mengambil keputusan SPM.

Thurayya anak sulung daripada lima beradik sangat meminati mata pelajaran Matematik Tambahan dan menjadikan kaedah mengajar rakan-rakan sebagai langkah terbaik untuk mengulang kaji mata pelajaran tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan