Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Projek Fasa 1 Waterfront Marudi siap sepenuhnya. Foto: Nazwan (TVS)

Waterfront Marudi siap sepenuhnya, rancakkan ekonomi setempat

ByYazid Ibrahim

MARUDI, 7 Jun: Projek Fasa 1 Waterfront Marudi telah siap sepenuhnya pada bulan lepas, kata Pegawai Daerah Marudi Belayong Pok.

Menurutnya projek tersebut merangkumi kawasan parkir kereta dan dataran tebingan yang luas.

“Projek fasa 1 itu juga dapat memudahkan penduduk kawasan Marudi mengadakan aktiviti atau festival,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual oleh TVS di Majlis Simbolik Penyerahan Bendera oleh Timbalan Residen Bahagian Miri di Pejabat Daerah Marudi di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu, Belayong mendedahkan projek berkenaan bukan sahaja mengindahkan pekan Marudi malahan bakal menjadi salah satu tarikan pelancong yang sekali gus merancakkan lagi sosioekonomi penduduk setempat.

Selain itu, katanya fasa 2 juga akan diteruskan dari tebingan (waterfront) itu akan bersambung sehingga ke Kampung Narum yang melibatkan jarak projek sepanjang 500 meter dan dijangka akan siap pada tahun 2025.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan