Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing merakamkan gambar kenangan bersama penduduk semasa kunjungannya ke rumah panjang di kawasan DUN Meradong sempena sambutan Hari Gawai. Foto:TVS

Taman Perindustrian Mini dijangka rancakkan aktiviti ekonomi Meradong

BINTANGOR, 7 Jun: Taman Perindustrian Mini yang bakal dibina di Bintangor dijangka akan merancakkan lagi aktiviti ekonomi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, cadangan pembinaan taman perindustrian tersebut telah diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang akan membuka banyak peluang ekonomi baharu bagi komuniti setempat.

“Terdapat banyak aktiviti yang bakal berlaku di taman perindustrian ini termasuk jualan minuman dan makanan. Jadi saya berharap dapat membantu semua penduduk bukan sahaja petani tetapi juga usahawan kecil untuk berniaga di taman perindustrian itu nanti,” katanya ketika ditemui media di Bintangor, semalam.

Tambahnya, kementerian juga akan membina anjung usahawan bagi menyokong usahawan tempatan dengan kemudahan seperti pusat pemprosesan, kios, inkubator, gerai makanan dan kawasan acara awam.

Beliau berkata, projek tersebut akan melibatkan kawasan seluas kira-kira enam hektar di Jalan Pasi berhampiran Jambatan Merah Meradong.

“Bagi projek ini, pihak kementerian sudah berjanji akan menaikkan kos siling kepada RM5 juta. Jadi saya berharap projek ini dapat menolong penduduk di kawasan Meradong ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga telah melakukan kunjungan ke atas 176 buah rumah panjang di kawasan DUN Meradong sempena sambutan Hari Gawai.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan