Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mendengar taklimat daripada pihak pengurusan rantaian bekalan Absen dalam lawatan ke kilang pembuatan LED Absen. Foto: MINTRED Sarawak

Syarikat panel LED China dipelawa beroperasi di Sarawak – Awang Tengah

ByAmirah Shawel

HUIZHOU, 7 Jun: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mempelawa syarikat pembekal panel LED terkemuka, Absen untuk memilih Sarawak sebagai salah satu cabang lokasi pengoperasiannya.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) meyakini Sarawak amat sesuai berikutan kedudukannya yang strategik bagi pasaran Asia.

“Projek berpotensi ini adalah selaras dengan Strategi Pembangunan 2030 Pasca COVID-19 (PCDS 2030) yang dipacu oleh data dan teknologi,” katanya menerusi satu kenyataan, pada Rabu.

Terdahulu Awang Tengah telah mengadakan lawatan ke kilang pembuatan LED Absen di Huizhou, China pada Selasa bersama Timbalan Menteri MINTRED, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh.

Turut hadir Penasihat MINTRED Sarawak, Datuk Mohd Naroden Majais, Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datu Zaidi Mahdi dan Pemangku Setiausaha Tetap MINTRED, Dzulkornain Masron.

Untuk rekod, Absen diasaskan pada 2001, disenaraikan sejak tahun 2014 meliputi di seluruh dunia seperti di Jepun, Amerika Syarikat, Jerman, Hong Kong dan Rusia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan