KUCHING, 7 Jun: Program Sarawak Gastronomy Incubator (SAGO) diyakini membantu usahawan makanan mengenali kepentingan persembahan dan penggayaan sajian bagi mengembangkan perniagaan makanan mereka.
Rakan kongsi penganjur SAGO, Evelyn Teo berkata program itu juga menjadi sistem sokongan untuk industri makanan dan minuman (F&B) yang merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada ekonomi negeri.
Menurut Evelyn, industri itu turut telah mencipta banyak peluang pekerjaan ketika era pandemik COVID-19 sebelum ini.
âSangat penting untuk usahawan makanan memahami karakter manusia yang bukan sahaja makan berdasarkan mulut semata-mata, kini adanya istilah âkamera makan dahuluâ memandangkan pelanggan akan mengambil gambar makanan dan memuat naik ke sosial media sebelum menjamu selera.
âOleh itu, usahawan makanan harus tahu pentingnya persembahan makanan mereka, untuk mengetahui elemen-elemen dalam produk makanan agar mereka dapat membuat penambahbaikan pada masa datang.
âDengan adanya SAGO, kami berharap agar dapat membina sistem sokongan yang baik untuk usahawan makanan dan juga industri F&B pada masa datang,â katanya selepas menganjurkan kelas Persembahan dan Penggayaan Makanan di The Hills, pada Rabu.
Sementara itu, panel jemputan, Chef Marthineus Langi berkata, menerusi pendedahan ini, usahawan makanan diharapkan dapat mengetengahkan produk makanan mereka dengan menggunakan bahan tempatan daripada pembekal tempatan.
âSaya memberi idea kepada peserta program SAGO untuk menggunakan bahan tempatan dengan membelinya dari pembekal tempatan juga, untuk menyumbang kepada ekonomi tempatan serta agar dapat mengurangkan harga makanan di Sarawak.
âKalau kita tidak sokong produk tempatan, siapa lagi yang akan melakukannya?â soalnya. – TVS