Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tugu Daerah Marudi yang terletak di dataran Waterfront Marudi. Foto: Yazid Ibrahim (TVS)

Regatta Daerah Marudi ‘penghulu’ Regatta Sarawak

ByYazid Ibrahim

MARUDI, 7 Jun: Regatta Daerah Marudi merupakan ‘penghulu’ sukan regatta di Sarawak bersandarkan asal usulnya suatu masa dahulu dianjurkan untuk meleraikan pertelingkahan antara kaum di kawasan ini.

Memetik sejarah sukan lumba perahu itu, menurut Pegawai Daerah Marudi, Belayong Pok, sejak itu sukan regatta bukan sahaja menyaksikan cabaran lumba perahu panjang bahkan ia berjaya menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Marudi ini.

“Dahulu regatta ini dianjurkan kerana berlaku pertelingkahan antara kaum di kawasan Marudi. Dengan adanya regatta besar besaran ini dapat menyatukan pelbagai kaum pada masa itu sehingga sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh TVS di Majlis Simbolik Penyerahan Bendera oleh Timbalan Residen Bahagian Miri di Pejabat Daerah Marudi hari ini.

Menurutnya, sukan regatta biasanya akan diadakan dua tahun sekali akan tetapi susulan penularan COVID-19 yang melanda negara, sukan itu terpaksa dihentikan seketika.

Namun pada tahun ini katanya, regatta akan menemui orang ramai semula setelah lima tahun tidak diadakan.

“Pada tahun ini kita akan adakan semula regatta, tetapi tarikh belum dapat ditetapkan berikutan masih menunggu keputusan Pengerusi Jawatankuasa Induk, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datu Dr Penguang Manggil… namun mesyuarat berhubung perkara ini sudah diadakan,” jelasnya.

Terdahulu, Program ‘Flag Off’ Konvoi Kembara Bahagian Miri sempena Sambutan Sarawak Merdeka hari keempat dilancarkan sekitar jam 9.30 pagi tadi oleh Residen Bahagian Miri, Jamalie Busri dan Timbalan Residen Bahagian Miri, Juan Ubit.

Pasukan Konvoi Kembara Bahagian Miri hari ini telah melalui lima lokasi iaitu Ferry Point, mengelilingi Kampung Narum dan Kampung Dagang, Dataran Waterfront Marudi, Kubu Hose dan berakhir di Dewan Suarah Marudi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan