Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rainforest World Music Festival 2022 yang berlangsung di Kampung Budaya Sarawak tahun lepas. Foto: RWMF.

Rainforest World Music Festival (RWMF) mula membuka tirai pada 1997

ByDayu Adruce

KUCHING, 7 Jun: Rainforest World Music Festival (RWMF) yang merupakan festival muzik tahunan yang meraikan kepelbagaian muzik dunia mula membuka tirai pentasnya di Kuching, Sarawak pada tahun 1997.

Sejak itu, pesta muzik terbesar di Malaysia berkenaan merangkumi pelbagai program seperti bengkel muzik, pertunjukan, kebudayaan, pameran kraf tangan, gerai-gerai makanan, dan konsert malam utama mula menapak hingga berusia 26 tahun pada tahun ini.

Cetusan idea untuk mewujudkan RWMF dilahirkan oleh seorang ahli muzik dari Kanada bernama Randy Raine-Reusch yang telah melawat Robert Basiuk, yang merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Tourism Board (STB) ketika itu.

Randy merupakan seorang komposer, pemuzik, penghibur dan penyelidik, pakar dalam muzik eksperimental dari seluruh dunia, terutamanya muzik dari Timur dan Asia Tenggara.

Dilaporkan Randy telah datang ke Sarawak bagi menyelidik muzik etnik serta sangat meminati alat muzik tradisional, Sape yang dimainkan oleh kaum Kayan dan Kenyah di negeri ini.

Menurut sumber, menerusi pertemuan tersebut, Randy dan Robert telah berbincang untuk mengadakan festival muzik tahunan di Sarawak serta menjemput pemuzik lain dari seluruh dunia.

Bagi menjayakan idea tersebut, sekumpulan pemuzik tempatan telah ditubuhkan untuk membawa muzik Sarawak ke pentas dunia di Festival Eskpo Muzik Dunia (WOMEX) di Marseilles, Perancis.

Susulan berjaya membawa muzik tempatan ke persada dunia, STB telah menyediakan pembiayaan untuk festival itu sehingga ke hari ini.

Pada penganjuran RWMF tahun ini, sebanyak 199 pemuzik dari 12 negara termasuk pemenang Anugerah Grammy, Gipsy Kings dari Perancis, kumpulan Jamaica-Amerika Big Mountain dan Teater Safi dari Tanzania bakal memeriahkan pentas.

Antara artis tempatan yang turut mengisi pentas RWMF bermula 23 hingga 25 Jun ini ialah; Zee Avi, Suk Binie, APU, Nadir, Steve Thornton Band, Sada Borneo, Tuku Kame, Nading Rhapsody, Geng Wak Long, Buloh Berkocak, At Adau, Meruked dan Orang Orang Drum.

Manakala barisan pemuzik serta artis luar negara lain yang turut dijemput adalah ‘Rastak’ (Iran), ‘Fasylive’ ( Maldives), ‘Afriquoi’ (United Kingdom), ‘Chatusram’ (India), ‘Rizal Hadi & Folk’(Indonesia), ‘Thai Fusions Sound Band’ (Thailand) dan banyak lagi dari Jepun, Hong Kong dan Singapura.

Dapatkan tiket RWMF tahun ini di aplikasi Klook, yang merupakan ejen tiket rasmi RWMF 2023.

Sementara maklumat lanjut mengenai barisan pemuzik dan informasi tiket boleh didapati di laman web rasmi RWMF di http://rwmf.net. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan