Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan simbolik perasmian dengan disaksikan Pengerusi CENTEXS Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani, Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi dan tetamu kenamaan yang lain. Foto: UKAS

Premier Sarawak sokong CENTEXS lahir bakat muda tenaga hijau

BySalasiah Safian

KUCHING, 7 Jun: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyokong inisiatif Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) dalam usaha melahirkan bakat muda meneraju tenaga hijau.

Beliau mengakui Sarawak kini mempunyai sumber yang terbaik dan teknologi terkini, namun begitu negeri ini masih memerlukan kepakaran untuk menggerakkannya.

Oleh itu, tegas Abang Johari, rakyat Sarawak seharusnya diberi peluang untuk terlibat sama dalam aktiviti pembangunan ekonomi negeri ini.

“Kita memerlukan tenaga kerja yang boleh melakukan baik pulih, penyelenggaraan…mereka yang berpengetahuan dalam bidang ini.

“Apabila kita berada di kawasan khatulistiwa dan tropika, maka sumber (air dan cahaya matahari) adalah mencukupi. Kita boleh melatih bakat-bakat tempatan terutamanya ke arah tenaga hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Simposium dan Pameran Tenaga Hijau 2023, di sini hari ini.

Memberi bayangan bahawa jika orang dahulu berjaya membuktikan kejayaan Malaysia dalam industri getah yang pada asalnya dari negara Brazil, Abang Johari optimis tidak mustahil untuk anak muda pada zaman ini juga berjaya dalam bidang tenaga hijau selepas ini.

“Dan kita ada teknologi kerana Malaysia sudah ada dari sudut sejarah kalau industri getah, bukan berasal dari Malaysia, ia dari negara luar. Kita tanam dan buat kajian, akhirnya ia menjadi salah satu industri yang berjaya di Malaysia.

“Kalau dulu mereka boleh buat, jadi saya juga percaya generasi pada masa kini boleh melakukannya. Bagi kita di Sarawak, saya sudah mengenal pasti kekuatannya. Dari sudut tenaga kita sudah ada kekuatan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan