Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Projek Fasa 1 Waterfront Marudi siap sepenuhnya. Foto: Nazwan (TVS) Tugu Daerah Marudi yang terletak di dataran Waterfront Marudi. Foto: Yazid Ibrahim (TVS) Kerja pembinaan Jambatan Marudi sedang giat dijalankan. Foto: Yazid Ibrahim (TVS)

Jambatan Marudi dijangka siap Mei 2025

ByYazid Ibrahim

MARUDI, 7 Jun: Pembinaan jambatan Marudi dijangka siap pada Mei 2025 walaupun mengalami sedikit kelewatan akibat masalah teknikal, kata Pegawai Daerah Marudi, Belayong Pok.

Katanya, kerja-kerja pembinaan jambatan tersebut sedang giat dijalankan pada masa sekarang.

“Prose-proses pembinaan jambatan ini sedang berjalan walaupun menghadapi masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan,” katanya.

Beliau berkata, dengan adanya jambatan Marudi nanti dapat memudahkan penduduk Marudi berulang-alik untuk pergi ke bandaraya Miri.

“Sebelum ini penduduk Marudi terpaksa bermalam di bandaraya Miri kerana feri hanya beroperasi sehingga 10 malam sahaja,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan