Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap pada Majlis Gawai Dayak Daerah Asajaya 2023, di Dewan Kampung Sampun Gerunggang, Asajaya, malam tadi. Foto: TVS.

Ibu Pejabat Pentadbiran Bahagian Samarahan dipindahkan ke kawasan baharu

ByAhmad Burhanuddin

ASAJAYA, 7 Jun: Kerajaan Sarawak bersetuju untuk memindahkan Ibu Pejabat Pentadbiran Bahagian Samarahan yang kini berada di Muara Tuang ke kawasan sempadan di antara Muara Tuang dengan Asajaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ibu pejabat tersebut bakal dibina berdekatan dengan laluan ‘dual carriageway’ Transit Aliran Autonomi (ART) yang juga berdekatan dengan Kampung Sungai Mata.

“Itu adalah perancangan yang akan berlaku dan saya melihat perancangan ini akan dapat selesai dalam jangka masa lima tahun ataupun (jika tidak) lebih daripada tempoh tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Gawai Dayak Daerah Asajaya 2023, di Dewan Kampung Sampun Gerunggang di sini, malam tadi.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata serta isteri, Datin Jennita William.

Sementara itu, Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak mengingatkan kepada masyarakat yang berada di kawasan berkenaan agar tidak terlalu gopoh untuk menjual tanah yang dimiliki kepada orang lain.

“Tanah kita adalah berharga. Kita mempunyai anak dan cucu, oleh itu kita perlu menjaga dan menyimpan tanah itu untuk generasi-generasi yang akan datang.

“Ini pernah berlaku pada tahun 70-an dan 80-an yang mana dalam kawasan ini ada pecahan tanah lima hingga 10 ekar yang diberi kepada orang kampung, tetapi dijual dengan harga RM2,000 hingga RM3,000 seekar,” katanya.

Kata Abdul Karim, perkara sedemikian akan membuatkan seseorang itu berputih mata kerana pada masa kini, harga tanah boleh menjangkau ratusan ribu ringgit bagi satu ekar tanah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan