Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

Gaji bermaruah penting tingkat minat anak muda isi kekosongan jawatan

ByNisa Kasnoon

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Malaysia sedang menuju gaji yang progresif dengan pelbagai pelaburan yang masuk dalam negara, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud.

Mengakui isu gaji khususnya dalam kalangan anak muda merupakan antara masalah utama pengangguran dalam negara, beliau optimis, perkara itu dapat ditangani dengan kestabilan politik dan pelaburan yang berterusan.

Beliau berkata, dengan kestabilan politik, pelaburan terus masuk dalam negara sekaligus merancakkan ekonomi.

“Memang isu yang kita hadapi sekarang ini masalah gaji dalam kalangan belia. Malaysia sedang menuju gaji progresif, pelaburan akan datang ke Malaysia dan akan meningkatkan ekonomi, seterusnya boleh minta majikan perhalusi gaji yang lebih baik,” katanya.

“Ini penting, kestabilan politik itu penting. Kita perlu kerajaan yang stabil kita mahu nasib anak muda kita terbela pada masa hadapan,” ujarnya lagi.

Mustapha menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah yang ingin mengetahui langkah kerajaan untuk memberi nilai tambah kepada gaji bermaruah dalam kalangan anak muda.

Tegasnya, pelaburan dari negara luar memainkan peranan penting dalam meningkatkan ekonomi negara.

Menerusi pelaburan, ia sekaligus membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat Malaysia dalam pelbagai sektor.

Pada masa sama katanya, kerajaan secara berterusan merangka dan melaksanakan pelbagai inistiaf merentasi kementerian dan agensi bagi membantu kurangkan kadar pengagguran belia di bandar dan luar bandar secara keseluruhan.

Data Tenaga Buruh melalui Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendedahkan, kadar pengangguran belia pada suku pertama 2023 turun kepada 1 peratus kepada 10.1 peratus daripada 11.1 peratus tempoh sama tahun lalu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan