Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bak kut teh. Foto: Claudya Keanu (TVS)

Bak kut teh makanan warisan Malaysia? – Ahli Parlimen Langkawi

BySheera Abang Mansor

KUALA LUMPUR 7 Jun: Bak kut teh tidak tersenarai dalam 30 makanan tempatan paling popular Malaysia, jelas Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah.

Sehubungan itu, beliau bertanya kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sama ada MOTAC berhasrat untuk mengkategorikan Bak Kut Teh sebagai makanan warisan Malaysia.

@tvstvmy

Bak kut teh tidak tersenarai sebagai 30 makanan tempatan paling popular Malaysia, jelas Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah. TVS122 TVSNews BakKutTeh Parlimen Warisan

♬ original sound – TVS News – TVS News

“Terakhir saya semak, Bak Kut Teh tiada dalam senarai 30 makanan tempatan paling popular. Nasi lemak, kuih bahulu, gula melaka, ketupat, char kuey teow, bubur nasi, kuih bulan, nian gao sticky rice, muruku, thosai, dan putu mayam ada dalam senarai.

“Adakah kementerian bersetuju untuk mempertimbangkan memasukkan bak kut teh dalam senarai seperti yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen Tebrau Jimmy Puah Wee Tse?” soalnya dalam sesi soal jawab dalam Persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Jimmy Puah terdahulu meluahkan rasa kecewa selepas menonton dokumentari antarabangsa yang mempersoal status asal usul bak kut teh yang didakwa daripada Klang, Selangor.

“Dokumentari itu mempertikaikan seolah-olah bak kut teh mungkin berasal dari negara jiran. Sebab itu saya terkilan dan marah, dan saya harap kerajaan dapat mempertahankan warisan makanan negara kita seperti nasi lemak, teh tarik dan laksa,” katanya.

Menjawab soalan itu, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan menjelaskan, bagi mengkategorikan sesuatu hidangan sebagai makanan warisan, ia hendaklah datang daripada sejenis makanan yang boleh dimakan oleh semua rakyat pelbagai kaum dan agama seperti di Malaysia.

“Kalau bak kut teh dibuat daripada ayam, mungkin boleh, tapi kalau dinaikkan seperti apa yang Tebrau bangkitkan, dia tidak sebut secara spesifik jenis bak kut teh yang mana, jadi saya tidak boleh menjawab secara spesifik,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan