Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap pada sidang media selepas merasmikan Simposium dan Pameran Tenaga Hijau 2023 di CENTEXS Kuching, hari ini. Foto: Salasiah Safian (TVS)

Abang Johari gesa Kerajaan Persekutuan kemas kini perundangan perdagangan karbon

BySalasiah Safian

KUCHING, 07 Jun: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sekali lagi menggesa Kerajaan Persekutuan menaik taraf atau mengemas kini undang-undang sedia ada berkaitan perdagangan karbon agar selaras dengan perkembangan terkini.

Menurut beliau rundingan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan perundangan industri itu telah pun diadakan sebelum ini susulan perkara tersebut merupakan trend antarabangsa.

Ini kerana tegas beliau perundangan berkenaan harus ada bagi memudahkan pengurusan karbon.

“Saya serahkan kepada mereka. PM selalu kata Sarawak terlalu ke hadapan. Jadi bermakna kita ada bekerjasama dengan pihak Persekutuan supaya mereka mesti melihat ekosistem termasuk perundangan kita.

“Negara Malaysia ke arah ekonomi baharu, dan juga mesti adapembaharuan ekonomi  (economy reform) untuk menempatkan Malaysia, supaya Malaysia dapat bersaing dengan negara-negara lain khususnya negara luar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Simposium dan Pameran Tenaga Hijau 2023, di sini, hari ini.

Sementara itu, Abang johari turut meminta kementerian berkaitan mengkaji undang-undang sedia ada.

Dalam pada itu, beliau juga menyerahkan kepada pihak peguam negeri untuk meneliti perkara yang harus dipinda pada Ordinan Negeri bagi membolehkan undang-undang baharu dapat dilaksanakan.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi, Pengerusi CENTEXS Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani dan tetamu kenamaan yang lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan