PORT AU-PRINCE (HAITI), 6 Jun: Gempa bumi berukuran 4.9 magnitud menggegarkan bahagian barat Haiti, hari ini.
Memetik laporan dari AFP, gempa tersebut membunuh sekurang-kurangnya tiga orang dan beberapa orang lain mengalami kecederaan.
Gempa itu berlaku di jabatan terpencil Grand’Anse hampir 300 kilometer (185 batu) barat Port-au-Prince, pada kedalaman yang agak cetek 10 kilometer, menurut Tinjauan Geologi AS.
“Kami telah merekodkan tiga kematian. Mereka adalah ahli keluarga yang sama dan terbunuh apabila rumah mereka runtuh,” kata Christine Monquele, ketua Perlindungan Awam di Grand’Anse, kepada AFP pada Selasa.
Pejabat Monquele juga menemui 28 orang yang cedera, katanya, sambil menambah bahawa pencarian mangsa lain sedang dijalankan. -TVS