Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi

Lapan balai bomba baharu untuk kawasan luar bandar, pedalaman Sarawak

BySheera Abang Mansor

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Lapan permohonan bagi pembinaan balai bomba baharu di Sarawak telah dibuat bagi meningkatkan capaian perkhidmatan kebombaan di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata permohonan sebagai inisiatif jangka masa panjang tersebut melibatkan perolehan tapak dan pembinaan balai bomba baharu serta kuarters untuk balai bomba di negeri Sarawak.

“Pada masa kini, terdapat sebanyak 38 buah balai bomba yang beroperasi di Sarawak dalam pelbagai kategori dan merupakan negeri terbanyak memiliki balai bomba.

“Walaupun begitu pihak kementerian sentiasa peka terhadap keperluan perlindungan kebakaran melibatkan kawasan-kawasan diluar bandar atau pedalaman,” katanya pada sesi soal jawab dalam persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi yang ingin mengetahui tentang syarat dan kriteria pembinaan balai bomba dan penyelamat di kawasan luar bandar serta pedalaman selain inisiatif kementerian dalam membendung insiden kebakaran di rumah panjang di Sarawak khususnya di kawasan Lubok Antu.

Bagaimanapun, sebagai langkah jangka masa pendek, Akmal menjelaskan ketika ini kawasan Lubok Antu dilengkapi dengan seramai 41 orang ahli Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS).

“Kita dah lengkapkan mereka ini dengan Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE) seperti topi keledar, sut kebakaran suit dan juga sarung tangan.

“Saya juga dimaklumkan dengan penggunaan kenderaan Proton Arena yang ada pam dan hos, cuma saya difahamkan kenderaan itu perlu dinaiktaraf,” ujarnya.

Baru-baru ini terdapat dua insiden kebakaran yang berlaku di kawasan Lubok Antu melibatkan rumah panjang Nanga Kesit dan rumah panjang Nanga Mujan di Ulu Skrang.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan