Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom (baju corak tengah) menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian antara Pengurus Besar PPNS, Gom Raway (baju putih kiri Stephen) dan Pengurus Besar Ning Planters Sdn Bhd, Yap Foot Loy (baju hitam kanan Stephen). Foto: TVS

PPNS perlu dilatih aspek komersialisasi dan teknologi dalam bidang pertanian

MIRI, 5 Jun: Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) perlu diberi latihan dari aspek komersialisasi dan teknologi di dalam bidang pertanian bagi menghasilkan pekerjaan dengan lebih produktif dan berkualiti.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wiayah Sarawak (M-FICORD), Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, mereka perlu dilatih dengan cepat supaya mereka dapat berdikari dengan segera dan kekal di dalam industri.

Latih PPNS komersialisasi, teknologi bidang pertanian

“Tujuan kita supaya ahli-ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Negeri Sarawak dapat dilatih aspek komersialisasi dan teknologi dalam bidang pertanian. Jadi mereka boleh menjadi rakan kongsi dengan cara mengubah pemikiran dan cara membuat pekerjaan dengan lebih produktif dan kualiti yang baik.

“Ini supaya mereka dapat bergerak dengan lebih cepat dalam usaha membangunkan industri pertanian di Sarawak. Saya gembira melihat inisiatif yang diambil oleh PPNS, tapi saya mahu mereka untuk belajar lebih cepat agar mereka berdikari satu hari nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama antara Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) dan Ning Planters Sdn Bhd bagi Projek Penanaman Nanas Sarawak Gold (SG1) di Hotel Grand Palace hari ini.

Melalui latihan dan penglibatan dengan para petani seperti penanaman pintar dan IoT (Internet of Things), hal ini dapat mengubah sebahagian daripada petani menjadi pemain agro yang boleh bergantung selain mengekalkan dan melengkapkan rantaian bekalan di dalam pasaran secara hiliran.

Beliau yakin apabila adanya petani terlatih dengan pemikiran industri yang cukup di negeri ini, tidak mustahil untuk Sarawak menjadi pengeksport makanan bersih pada masa akan datang.

Tambah beliau, setiap pihak terlibat di dalam bidang pertanian perlu peka dengan pemanasan global dan masalah geografi yang boleh memberi kesan kepada industri makanan selain bekerjasama bagi menghasilkan produk berkualiti untuk dipasarkan ke dalam dan luar Sarawak.

“Kita perlu peka dengan pemanasan global, perubahan cuaca, masalah geografi dan corak bagaimana mahu kekalkan bisnes pertanian bagi menjaga industri makanan. Jadi kementerian, agensi berkaitan dan komuniti petani perlu memainkan peranan penting serta bekerjasama untuk menghasilkan produk berkualiti yang boleh dipasarkan ke dalam dan luar Sarawak,” katanya lagi.

Usahasama antara PPNS dan Ning Planters Sdn Bhd akan melaksanakan projek pertama penanaman komersial sulur nanas SG1 di plot tanah sekitar 80 ekar terletak di kawasan Tukau bermula pada Jun 2023 dan selesai penanaman sulur pada Julai 2024 dengan sasaran membekalkan sulur pertama diperakui kepada pekebun kecil menjelang Ogos 2024.

Usahasama ini juga menyediakan kepakaran teknikal dan bantuan kepada petani tempatan untuk menanam dan membangunkan nanas SG1 selain memenuhi permintaan produk dan hasil nanas secara hiliran dalam usaha menyokong pertumbuhan industri nanas di Sarawak dan Malaysia.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan