Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Motosikal yang terbabit dalam kemalangan menyebabkan seorang wanita yang merupakan pembonceng maut ketika menerima rawatan di Pusat Jantung Sarawak, malam tadi. Foto: PDRM

Pembonceng maut, penunggang dan anak parah dalam kemalangan motosikal dan kereta

BySaibi Gi

KOTA SAMARAHAN, 5 Jun: Seorang pembonceng maut susulan kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di Jalan Ensengei dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superitendan Brodie Brangka berkata dalam insiden pada kira-kira 8.30 malam, suami dan anak wanita berkenaan cedera parah.

“Seorang wanita iaitu pembonceng motosikal telah disahkan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Pusat Jantung Sarawak akibat kecederaan dalaman. 

“Penunggang motosikal mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan anak beliau mengalami kecederaan patah kaki. Pemandu kereta tidak mengalami kecederaan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila penunggang motosikal iaitu seorang lelaki berumur 45 tahun bersama dua pembonceng iaitu isteri beliau berumur 38 tahun dan seorang anak lelaki berumur lima tahun dari arah Asajaya hendak pulang ke rumah di Kampung Siniawan. 

“Semasa bergerak lurus (motosikal) telah dilanggar dari belakang oleh sebuah MPV jenis Perodua Alza dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun yang juga bergerak dari arah Asajaya menuju ke arah Kampung Siniawan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan