Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima maut termasuk seorang kanak-kanak lelaki dalam satu kemalangan di Batu 40, Jalan Sibu-Bintulu, dekat Selangau, hari ini. Foto: TVS

Lima maut dalam kemalangan dua kereta dekat Selangau

ByNurul Amarlina

SELANGAU, 5 Jun: Lima maut termasuk seorang kanak-kanak lelaki dalam sebuah kemalangan di Batu 40, Jalan Sibu-Bintulu, dekat sini, hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (PBPM) Sarawak pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10:09 pagi mengenai kemalangan yang melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi dengan sebuah kenderaan jenis Kia Sportage.

Alicesha Bathrish Langi, 24, dilaporkan tersepit di tempat duduk penumpang depan dalam kereta Perodua Myvi dan meninggal di tempat kejadian manakala Allesandro Collin Stewart, 2, disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Selangau.

Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi dengan sebuah kenderaan jenis Kia Sportage. Foto: TVS

“Dua orang remaja lelaki telah dikejarkan ke klinik tersebut oleh orang awam, manakala seorang lelaki dewasa, Steward Tuah, 25, mengalami kecederaan ringan berjaya dikeluarkan oleh orang awam,” jelas kenyataan BBP Selangau.

Sementara itu, didapati lima orang mangsa telah menaiki kenderaan Kia Sportage.

Marcos Marican, 26, Marican@Langkan Legi, 61, dan seorang lagi lelaki dewasa yang belum diketahui identiti disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lelaki dewasa cedera parah dan seorang kanak-kanak lelaki yang cedera parah telah dikejarkan ke Klinik Selangau oleh ambulans. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan