Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di kediamannya di Kuching pada Sabtu. Foto: Pejabat Premier Sarawak

PAU 2023: Kehadiran Abang Johari bukti sokongan GPS mantapkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 4 Jun: Pengesahan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 membuktikan bahawa pendirian Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak pernah berbelah bahagi, sekali gus bersifat jernih untuk memantapkan lagi struktur pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Penganalisis Sosiopolitik Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, langkah Pengerusi GPS itu juga menunjukkan manifestasi kepada Kerajaan Perpaduan dan bukannya bersifat sementara semata-sama.

“Ini menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi GPS terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya juga melihat kehadiran Abang Johari juga mampu menangkis yang kononnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan membentuk kerajaan dalam tempoh sebulan dua ini,” katanya.

Dr Awang Azman berkata demikian ketika dihubungi TVS ketika diminta mengulas mengenai pengesahan pemimpin nombor satu Sarawak itu ke Perhimpunan Agung UMNO pada 7 hingga 10 Jun ini seperti mana yang dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, komitmen yang diberikan oleh Abang Johari itu akan memberikan impak yang penting ke arah kestabilan negara dan politik antara parti dalam komponen Kerajaan Perpaduan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan