Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuong Hiing bersama penduduk rumah panjang dalam siri lawatannya di kawasan DUN Meradong. Foto: TVS

Lawatan mesra pemimpin tambah seri sambutan Gawai di Meradong

BINTANGOR, 4 Jun: Kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menyerikan lagi sambutan Gawai di daerah ini.

Lawatan mesra itu dilakukan ke atas lebih 20 buah rumah panjang sekitar Meradong termasuk Sungai Tulai, Sungai Labas, Jalan KJD Bintangor, Ulu Strass dan Skim B.

Malah, hubungan erat antara pemimpin dan rakyat terserlah melalui kunjungan yang turut diiringi isteri pemimpin itu, Datin Kueh Nai Fun.

Kehadiran beliau dan rombongan disambut meriah dengan acara tradisi sebelum bersalam-salaman dengan penduduk rumah panjang.

Ia merupakan sebahagian tradisi pemimpin itu setiap sambutan Gawai sebagai pendekatannya untuk mendampingi rakyat sambil menyelami masalah mereka.

Sehubungan itu, Kuong Hiing mahu masyarakat rumah panjang terus bersatu dan memberi sokongan terhadap usaha pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Saya berharap pemimpin akar umbi mengadakan perbincangan bersama Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam merancang aktiviti di kawasan masing-masing.

“Sehubungan itu, Pusat Khidmat DUN Meradong mengalu-alukan setiap permohonan mereka selagi program yang dirancang memberi manfaat kepada komuniti setempat,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi SUPP Cawangan Bintangor, Chieng Born Ong dan Setiausahanya Lau Sie Hing. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan