Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk kampung melakukan tarian Sumbang Ajau mengelilingi hiasan tumbuh-tumbuhan sebanyak tujuh kali. Foto: TVS

Kumpul penduduk Kampung Rayang sambut Gawai di bawah satu bumbung

SERIAN, 4 Jun: Ketua Kaum Kampung Rayang, Jonathan Tarip menyifatkan program tahunan anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rayang seperti program Silamat Nyambuk Gawai Dayak Sewa 2023 (Selamat Menyambut Gawai Dayak tahun 2023) mampu mengumpul penduduk kampung yang pulang untuk menyambut Gawai di bawah satu bumbung.

Katanya, dengan pembinaan Dewan Serbaguna berbumbung serta kemampuan kapisiti sehingga 700 penduduk dalam sesuatu acara, pelbagai aktiviti dapat dirancang di dewan tersebut bersempena sambutan Gawai.

Jonathan yang baharu sahaja dilantik menjadi KK bagi masyarakat Bidayuh Serian Kampung Rayang pada April lalu turut berharap agar penduduk Kampung Rayang yang berada di luar dari kampung dapat meluangkan masa untuk pulang ke kampung dan menyambut perayaan Gawai bersama.

“Sebelum Gawai, penduduk kampung yang berada di luar kampung hanya menggunakan telefon untuk berkomunikasi dan bertanya khabar antara satu sama lain.

“Besarlah harapan saya agar penduduk kampung meluangkan masa untuk kembali ke kampung dan ngabang pada musim Gawai. Kalau tidak sempat berjumpa dan ngabang bolehlah berkumpul di dewan ini dan membawa ahli keluarga,” katanya.

Jonathan berkata demikian ketika ditemui TVS pada Progam Silamat Nyambuk Gawai Dayak Sewa 2023 (Selamat Menyambut Gawai Dayak tahun 2023) di Dewan Serbaguna Kampung Rayang Serian petang semalam.

Antara yang hadir Pengerusi Progam Silamat Nyambuk Gawai Dayak Sewa 2023 Thomas Phillip Moss dan dua tetamu undangan khas dari Kalimantan Barat Indonesia, Pastor Hieronimus Papantro dari Gereja Katolik Kabupaten Landak Kalbar dan Pastor Agustinus Kraeng Ritan dari Gereja Katedral St. Yosef, Pontianak.

Bertemakan ‘Mpkat Birekat Mancang’, tiga acara utama dirancang bagi perayaan Gawai tahun ini iaitu Dayung Ngambat Dari (perarakan kaum lelaki disambut kaum wanita), Nimpong Mpinet (pertandingan menguji kekuatan menggunakan parang) dan Billanggi Mengelilingi Ajau (persembahan dalam bentuk makanan dan minuman)

Menyentuh mengenai acara sama tahun hadapan Jonathan bercadang untuk melakukan beberapa perubahan.

“Tahun ini kaum lelaki berarak dan disambut kaum wanita, tahun hadapan kaum wanita pula berarak dan disambut kaum lelaki.

“Selain itu, pada tahun hadapan acara Nimpong Mpinet akan turut memberi peluang kepada kaum wanita untuk menguji kekuatan mereka menggunakan parang,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan