Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat suspek yang disyaki terlibat memukul dan mendatangkan kecederaan seorang Timbalan Menteri Sarawak baru-baru ini direman selama empat hari mulai hari ini sehingga 8 Jun ini bagi membantu siasatan. Foto: PDRM

Kes pukul, cederakan Timbalan Menteri Sarawak selesai, 4 suspek diberkas

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 4 Jun: Polis Sarawak berjaya menyelesaikan kes memukul dan mendatangkan kecederaan seorang Timbalan Menteri Sarawak baru-baru ini dengan tertangkapnya empat suspek lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kes itu awal pagi hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, tangkapan kesemua suspek berusia lingkungan 23 hingga 32 tahun itu dilakukan di sekitar Kuching.

“Kesemua suspek diberkas di kawasan Tabuan Hilir, Samariang, dan di Jalan Simpang Tiga.

“Pihak polis turut merampas kereta Volkswagen berwarna putih di Taman Sukma, Jalan Sultan Tengah, Kuching yang dipercayai digunakan suspek semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Azman berkata, hasil semakan ke atas kesemua suspek mendapati mereka mempunyai rekod lampau melibatkan jenayah dan dadah.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap keempat-empat suspek didapati tiga positif dadah jenis methamphetamine/syabu, manakala seorang lagi positif dadah jenis THC/ganja,” katanya.

Pihak polis turut merampas kereta Volkswagen berwarna putih di Taman Sukma, Jalan Sultan Tengah, Kuching yang dipercayai digunakan suspek semasa kejadian. Foto: PDRM

Mohd Azman menambah, kesemua suspek direman selama empat hari mulai hari ini sehingga 8 Jun ini bagi membantu siasatan.

Jelas beliau, dengan tangkapan itu, pihak polis berjaya menyelesaikan kes itu yang melibatkan seorang Timbalan Menteri Sarawak yang dilaporkan cedera dipukul oleh individu tidak dikenali.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan arahan tuduh di mahkamah, “ jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya serta hukuman penjara selama tempoh yang boleh mencecah dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan