Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Panorama matahari terbenam yang indah di Pantai Lutong, Miri. Foto: TVS

Jatuh cinta, kali pertama merasai sunset di Pantai Lutong Miri

ByYazid Ibrahim

BERCERITA mengenai Miri, Bandar Minyak di Sarawak itu kaya dengan khazanah alam yang masih segar untuk ‘healing’.

Kali ini TVS ingin berkongsi kepada anda semua ke beberapa lokasi menarik yang ada di Miri seperti Pantai Lutong, Coco Cabana dan Pantai Luak Bay Miri.

Ketiga-tiga lokasi tersebut merupakan lokasi popular warga sekitar Miri mahupun pelancong dari luar Miri untuk ‘healing’ kerana ia mempunyai keunikan dan tarikan yang tersendiri berbanding tempat lain.

Keindahan matahari terbenam di Pantai Lutong, Miri. Foto: TVS

Baru-baru ini Miri merupakan tempat ketiga penulis pergi sempena Kembara Sarawak Merdeka 60 tahun. Dalam kemeriahan acara itu, penulis sempat meneroka sekitar di bandar Miri.

Yang paling mengujakan penulis dapat menghirup udara segar sambil menikmati matahari terbenam di ketiga-tiga pantai itu.

Ibu bapa juga tidak melepaskan peluang untuk membawa anak-anak mereka bercuti dan pergi menikmati keindahan pantai tersebut.

@tvstvmy

Sempena cuti sekolah ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk membawa anak mereka menghirup udara segar sambil menikmati matahari terbenam di Pantai Lutong, Miri, hari ini. 📹 Yazid Ibrahim (TVS) TVS122 TVSNews Healing PantaiLutong

♬ original sound – TVS News – TVS News

Sambil menikmati matahari terbenam, duduk di bangku ‘healing’ di atas pasir juga sungguh mengasyikkan.

Duduk di bangku healing, sambil menikmati matahari terbenam. Foto: TVS

Pada masa yang sama, terdapat gerai yang menjual makanan dan minuman di situ sambil menikmati matahari terbenam sekali gus dapat memberi anda peluang untuk bersantai sambil menikmati panorama yang segar dan indah itu.

Jika di pantai Coco Cabana lagi menarik kerana mempunyai fasiliti-fasiliti tempat permainan budak-budak selain daripada rumah api yang berbentuk kuda laut dibina di tepi pantai itu.

Rumah api di Pantai Coco Cabana, Miri. Foto: TVS.

Yang lebih menarik lagi bagi penulis Coco Cabana ini juga bersebelahan dengan Marina Bay Miri yang mana di situ menjadi jeti pelabuhan pelbagai jenis kapal seperti di Port Lympis, Perancis yang mana antara pelabuhan terkenal dunia.

Marina Bay, Miri. Foto: TVS.

Memang sukar untuk penulis ungkapkan dengan kata-kata.

Jika anda ingin merasai sendiri kenikmatan dan keindahan pastikan anda pergi ketiga-tiga pantai di Miri ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan