Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Gerawat Gala (enam dari kiri) bergambar bersama penerima anugerah. Foto: TVS

Jadikan sukan yang diceburi sebagai karier

ByTVS

MIRI, 4 Jun: Atlet muda yang berbakat dan berpotensi besar boleh menjadikan sukan yang diceburi sebagai karier yang berjaya untuk mereka seperti mana profesion lain.

Melihat kepada perkara tersebut, Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Dato Gerawat Gala, menggalakkan supaya pertubuhan atau kelab sukan untuk bekerjasama dengan institusi sukan dan kementerian berkaitan bagi membantu atlet muda maju dalam bidang sukan.

“Kelab Sukan Highlander (KSH) boleh membantu untuk mengenal pasti dan berhubung dengan pelbagai akademi sukan seperti Akademi Bola Sepak Malaysia, Akademi Sukan Bukit Jalil, atau kolej dan universiti sukan luar negara yang menawarkan biasiswa untuk atlet muda yang cemerlang di mana mereka boleh mendaftar untuk melanjutkan pelajaran atau berlatih sebagai atlet profesional, seperti pemain bola sepak, pemain golf dan pemain tenis.

“Menjadikan sukan sebagai kerjaya juga menguntungkan seperti pekerjaan lain. Jadi KSH harus bekerjasama rapat dan melibatkan diri dalam pelbagai program anjuran Kementerian Belia, Sukan, Kebudayaan dan Kesenian untuk mencapai jangkauan dan impak yang lebih luas untuk manfaat atlet baharu kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Penutupan Karnival Permainan Kelab Sukan Highlander Ke-24 2023 di Eastwood Valley di sini, malam tadi.

Gerawat juga menggalakkan KSH untuk membangunkan pelancongan sukan yang ada di Sarawak supaya bukan sahaja dapat dipromosikan kepada orang luar, tetapi juga untuk menarik minat generasi muda dalam bidang sukan.

“Antara acara yang berpotensi yang boleh kita bangunkan untuk nilai pelancongan seperti larian maraton, berbasikal gunung, larian gunung, larian merentas desa dan juga acara larian Hash House Harriers.

“Dengan sokongan Rurum Kelabit Sarawak sebagai organisasi payung, saya amat yakin KSH dapat meneroka bidang baharu seperti mengenal pasti dan mempromosikan produk pelancongan sukan baharu, berhubung dan belajar daripada organisasi dan institusi sukan lain yang berjaya supaya KSH dapat terus menarik minat dan penyertaan generasi muda kita,” ujarnya lagi.

Sebanyak lapan kontinjen dari seluruh Sarawak yang menyertai program karnival ini termasuk dari Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 1 sehingga 3 Jun.

Tiga anugerah telah diberikan kepada lapan individu iaitu Anugerah Most Promising & Upcoming Sports Talent kepada Adams Hendry dan Kezia Kyreen Kennedy, Anugerah Best Sports Achievement kepada Gavin Ghia Mattu, Sheringham Saging Leju, Aaron Liser dan Abigail Kedung Pearson, dan Anugerah Lifetime kepada Mary Weng dan Cheyenne Morris.

Gerawat juga turut memberi sumbangan sebanyak RM25,000 kepada KSH untuk program mereka pada masa akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan